top of page

Nilai budaya dan pandangan hidup Ranjau Sepanjang Jalan

Menurut Mohd Rashid Md Idris, perkataan budaya berasal daripada kata sanskrit iaitu budayyah yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi. Perkataan ini membawa maksud budi pekerti atau akal. Manakala, jika diteliti secara umum budaya boleh ditakrifkan sebagai suatu amalan yang dibawa atau dikerjakan oleh sekumpulan manusia. Budaya kebiasaannya akan berkait rapat dengan kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat tersebut.


Sementara itu, pandangan hidup pula ditakrifkan sebagai sebuah draf atau konsep terhadap kehidupan yang akan dijalani. Pandangan hidup yang dimiliki pada umumnya dalam kalangan masyarakat adalah pandangan yang sesuai dengan norma-norma dan agama masyarakat. Pandangan hidup merupakan perkara yang mutlak untuk dimiliki oleh setiap manusia di dunia ini. Pandangan hidup berfungsi sebagai arah tuju kehidupan seseorang. Jati hidup biasanya membantu dan berperananan sebagai prinsip hidup yang membantu individu agar tidak mudah terpesong. Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan yang telah dianalisis, terdapat beberapa nilai budaya dan pandangan hidup yang telah terkandung di dalamnya.



Nilai budaya


Mengenang budi


Nilai budaya pertama yang terdapat novel Ranjau Sepanjang Jalan ialah mengenang budi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, budi didefinisikan sebagai akal, kebijaksanaan, pekerti, akhlak, tingkah laku, kelakuan dan watak. Manakala mengenang budi pula membawa maksud mengingati sumbangan atau jasa yang dilakukan oleh seorang individu kepada individu yang lain.



Dalam novel ini, nilai mengenang budi dapat dilihat dalam diri tuk penghulu kampung Banggul derdap. Setelah melihat kesakitan dan keuzuran yang ditanggung oleh lahuma akibat tusukan duri nibung, tuk penghulu berasa kasihan terhadap keluarga terbabitkerana musim menanam padi akan kunjung tiba tidak lama lagi. Tetapi petak sawah keluarga tersebut masih belum dibersihkan. Bagi membalas jasa terhadap budi yang pernah dicurahkan lahuma yang mencari kerbau tuk penghulu yang hilang dahulu, tuk penghulu sudi memberi bantuan dengan mengarahkan orang suruhannya membersihkan petak-petak sawah lahuma denga traktor miliknya. Perkara ini dapat dilihat melalui petikan dibawah :


“ Dah habis menajak?” soal tuk penghulu. Matanya memandang jeha yang nampak mempunyai minat.

“Belum lagi. Yang tajak pun batang menerung, belum lumat” ujar jeha.

“Siapa menajak?” soal penghulu.

“Sejak lahuma merekot, sayalah bersama anak-anak”

Tuk penghulu mengeleng.

“ Biar aku hantar traktor ke sawah kau selama dua tiga hari. Semuanya tentu habis” tuk penghulu memberi cadangan

(Ranjau Sepanjang Jalan, 152)



Kasih Sayang


Dalam novel ini juga, masyarakat turut mengamalkan budaya kasih sayang. Kasih sayang dalam novel ini dapat dilihat daripada dua aspek yang berbeza iaitu kasih sayang isteri terhadap suami dan kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya. Dalam konteks ini, watak utama merupakan suami isteri yang menunjukkan kasih sayang yang utuh antara satu sama lain. Sebagai contoh, setelah kaki lahuma menjadi semakin parah akibat tercucuk duri nibung, jeha tetap setia disisi suaminya. Jeha sanggup mencuci luka dan nanah yang berbau busuk pada kaki suaminya. Walaupun jeha sibuk mengerjakan bendang yang masih belum selesai tetapi beliau masih tetap menjaga suaminya sebaik mungkin. Berikut contoh yang menunjukkan kasih sayang leha terhadap suaminya, lahuma :


Petang itu, jeha tidak turun ke sawah. Kaki suaminya dicelur dan dituam lagi. Ubat ramuan dicari dan ditambah. Beberapa kali kain panas diusap-usap ke atas kaki yang bengkak itu. Lahuma terbaring saja sepanjang petang itu, jeha menghembus-hembus kaki itu. Akhirnya, lahuma terlena. Jeha menghembus lagi perlahan-lahan hingga kelopak mata lahuma benar-benar terkatup. Kaki bengkak tersidai di atas ribanya itu perlahan-lahan diangkat dan diletakkan ke atas bantal lasam. Dengan hati-hati dia meninggalkan suaminya.

(Ranjau Sepanjang Jalan, m/s 125)



Seterusnya budaya kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya dapat dilihat apabila anak-anak jeha yang terdiri daripada tujuh orang semuanya. Setelah kematian lahuma, jeha meneruskan kelangsungan hidupdengan bekerja kuat membanting tulang di sawah untuk mencari rezeki bagi menyara anak-anaknya. Jeha terpaksa mengetepikan kesedihan akibat daripada kematian suaminya. Dia bertekad untuk mengerjakan sawah padi untuk menyara anak-anaknya. Perkara ini dapat dibuktikan dalam petikan dibawah :


... Dan hilanglah wajah lahuma daripada pandangannya.

Tetapi pandangan itu cuma pada mata jeha saja. “Lahuma berada di mana-mana” fikir jeha. Lahuma menyuruhnya ke bendang esok. Sarah dan milah dan anak-anak yang lain mesti diberi makan. Dan makanan itu jeha cukup faham. Hanya nasi saja yang menjadi bahan selama ini. Hanya bendang itulah satu-satunya pusaka lahuma yang akan menyambung dia dan nyawa anak-anaknya tujuh orang itu.

( Ranjau Sepanjang Jalan, m/s 159)





Adat merisik


Masyarakat melayu snngat terkenal dengan budayanya yang tersendiri. Malah tidak ketinggalan dalam proses perkahwinan. Antara adat yang diamalkan dalam perkahwinan ialah adat merisik, meminang, bertunang dan seterusnya bersanding. Dalam novel ini turut mengamalkan adat budaya merisik. Situasi dapat dilihat ketika lahuma dan jeha sedang berbicara tentang anak sulungnya, sanah. Sanah dikatakan sudah cukup dewasa dan mampu melakukan kerja-kerja rumah dengan cekap. Oleh sebab itu, sekiranya terdapat pihak mana-mana yang ingin datang merisik puteri sulung mereka, lahuma akan memberi izin sekiranya pihak tersebut daripada keluarga yang baik-baik.


“ Tak lama lagi datanglah risik”sungut jeha yang masih berada di belakang. “ sarah tu dah bertubuh sekarang”.

Lahuma tidak menyahut kata-kata jeha. Anak sulungnya itu pantas membuat kerja. Kalau setakat padi seguni itu dapat ditumbuknya sampai habis.

“kalau datang risik?”duga jeha lagi.

“lepaskan saja kalau yang datang tu boleh tahan “

(Ranjau Sepanjang Jalan, m/s 30)



Pandangan hidup


Berpegang kuat pada ajaran islam


Dalam novel ini terdapat satu pandangan yang menunjukkan watak-watak dalam novel ini berpegang kuat kepada ajaran islam. Misalnya lahuma menunjukkan sifat patuhnya kepada pencipta dengan cara menunaikan solat secara berjemaah dan berdoa bersama-sama isterinya. Sifat lahuma ini dapat dilihat dalam petikan ayat berikut :


Malam merangkak dari senja ke maghrib dan terus masuk waktu isyak. Lahuma sedang bertimpuh di atas tikar mengkuang sambil kedua-dua belah tangannya bercantum menadah langit. Jeha yang berada di belakangnya dalam keadaannya serba putih bertimpuh dengan kemas sekali. Mukanya ditutup rapat dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Masing-maisng bermohon doa kepada Allah s.w.t.

(Ranjau Sepanjang Jalan, m/s 14)


Selain itu, lahuma juga percaya dengan kekuasaan Allah. Oleh sebab itu, sebelum memulakan kerja-kerja sawahnya, lahuma memohon perlindungan terlebih dahulu dengan cara berdoa kepada Allah s.w.t. Dia berdoa agar dilindungi daripada segala bencana atau perkara yang tidak diingini.




Percaya pada qadak dan qadar


Novel ini memperlihatkan pandangan hidup yang dimiliki oleh masyarakat yang percaya pada qadak dan qadar yang ditetapkan oleh Allah. Hal ini jelas sekali dapat dilihat dalam diri lahuma dan juga jeha. Contohnya :


Lahuma dan jeha cukup percaya bahawa mereka juga akan mempunyai pegangan yang sama. Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah s.w.t. Kini pegangan itu telah banyak memberi ketengan hidup kepada mereka sekeluarga.

( Ranjau Sepanjang Jalan, m/s 2)


Berdasarkan contoh di atas, sifat redha dengan ketentuan qadak dan qadar dapat dilihat dalam diri lahuma dan jeha kerana mereka percaya bahawa ajal maut serta rezeki kesemuannya akan ditentukan oleh Allah. Mereka tidak pernah kesal ataupun mengeluh dengan kekuranga yang mereka alami walaupun sekali. Mereka hanya redha dengan ketentuan-Nya agar hidup lebih tenang dan harmoni.


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • Grey Facebook Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Google+ Icon
bottom of page