top of page

Pemikiran Ranjau Sepanjang Jalan


Pemikiran bermaksud perihal berfikir, iaitu apabila di hubungkan dengan pengarang, ia merupakan perihal berfikir seseorang pengarang dalam penulisan karya sasteranya. Mohd Rashid et.al (69:2014) pula menerangkan bahawa pemikiran bermula dengan idea, yang bernas dan signifukan. Setiap pengarang mempunyai cara yang tersendiri memilih bahan, mengejapkannya dan kemudian menjelmakan menjadi mesej, mutiara dan permata karya. Sehubungan dengan itu, dalam menelurusi pemikiran yang terkandung dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan (RSJ), kita perlu melihat pemikiran pengarang itu sendiri, iaitu sasterawan Negara Shahnon Ahmad.

Shahnon Ahmad menganggap karya satera sebagai seismograf kehidupan manusia. Beliau menegaskan bahawa jika seismograf hanya mencatat gerak gempa yang merupakan bencana, karya sastera pula bukan sahaja mencatat tetapi menganalisis segala gerak gempa kehidupan. Dalam erti kata lain, gerak gempa ialah segala rintangan dan halangan dalam kehidupan sebagai contohnya kemiskinan (Hazami Jahari Dalam Hamzah Hamdani, 332:2006). Seterusnya, Shahnon Ahmad juga mendifinisikan novel sebagai satu bentuk pentafsiran rencaman hidup manusia menerusi satu bentuk cereka atau realiti rencaman hidup dan imaginasi. Dalam kata lain, novel ialah penulisan karya yang menggabungkan antara pengalaman peribadi yang dialami oleh penulis berdasarkan realiti seterusnya diadun dengan imagenasi kreatif melalui bentuk cereka.


Pemikiran Shahnon Ahmad secara langsung diterangkan oleh beliau sendiri dalam bukunya yang diterjemahkan oleh hawa Abdullah yang bertajuk “Shahnon Ahmad: literature as a seismograph of life”. Dalam novel RSJ,Shahnon Ahmad telah mendeskripsikan buah-buah fikiran kehidupan dan pengalaman sebenarnya ke dalam jalan cerita dan watak-watak lahuma serta jeha bersama tujuh anak mereka. Beliau menyatakan bahawa’the novel rsj is an example of a work, which viewed from one aspect, is a seismograph recording poverty-stricken life representing the analysis of peasant folk sufferring’(hawa Abdullah, 4:1994). Apabila diterjemahkan, novel RSJ dilihat menggunakan satu aspek pemikiran sahaja iaitu seismografi kehidupan manusia yang miskin dan terpaksa melalui pelbagai rintangan dan kepayahan untuk hidup.


Dalam menggambarkan pemikiran Shahnon Ahmad mengenai kehidupan petani yang hidup dalam kemiskinan dan kesusahan ini, terdapat banyak mesej yang cuba disampaikan oleh beliau. Antara mesej utama adalah seperti berikut:



KESUSAHAN DALAM KEHIDUPAN


Dalam menjalani kehidupan, kita perlu menghadapi kesusahan, iaitu selagi kita hidup, kita tidak dapat dipisahkan daripada apa-apa jenis kesusahan. Mesej ini menonjolkan watak Lahuma yang bersusah payah untuk menyara keluarganya dengan bekerja sebagai petani dan kesusahan hanya berakhir dengan kematian.



MENERIMA TAKDIR ALLAH


Sehubungan dengan pemikiran Shahnon Ahmad yang telah menghasilkan teori sastera islam dan tasawwur islam dalam konteks sastera melayu, inti patinya bahawa seorang pengarang menghasilkan karya yang tergolong ke dalam kelompok satera islam dengan syarat karya itu ditulis ‘kerana Allah dan manfaat kepada manusia’ (Sahlan Mohd. Saman Dan Shaiful Bahari Md. Radzi,206:2005). Shanon Ahmad telah meletakkan dalam RSJ satu pemikiran keislaman iaitu menerima takdir Allah dengan redha dan ikhlas dalam menjalani kehidupan. Walaupun menghadapi pelpagai rintangan dalam hidup, lahuma menerima kesusahan tersebut sebagai tentuan daripada Allah sebagai ujian dalam hidupanya. Shahnon Ahmad tidak meletakan sikap yang negative dalam watak Lahuma terutamanya, iaitu Lahuma tidak memberontak atau menyalahkan takdirnya sebagai petani yang perlu bersusah payah dalam kehidupannya tetapi menonjolkan sikap berserah diri dan redha dalam ketentuan Allah serta tetapi berusaha dan bersemangat untuk menghadapi hidup dan menyara keluarganya.

TANGGUNGJAWAB KETUA KELUARGA

Shahnon Ahmad turut menyampaikan mesej bahawa dalam sesuatu keluarga orang Melayu, terutamanya yang tinggal di kampung, seorang ayah dilambangkan sebagai tulang belakang sesuatu keluarga. Seorang ayah berperanan yang bukan sahaja menjaga keselamatan keluarganya, tetapi juga bertanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga. Ketiadaan seorang ayah atau ketua keluarga, sesuatu keluarga tersebut dipandang rendah atau serba kekurangan oleh jiran atau orang sekeliling.

Tanggungjawab besar ini sememangnya susah untuk digalas oleh seorang wanita,terutamanya seorang janda yang mempunyai anak. Sebagaimana dalam RSJ, tanggungjawab lahuma sebagai ketua keluarga diambil alih tugasnya oleh jeha setelah kematian suaminya dan Shahnon Ahmad tlah meletakkan bahawa ketidakmampuan wanita yang berperanan sebagai seorang ayah dalam mengerjakan sawah padi dan menjaga keluarganya menunjukkan kebasaran sebagai ketua keluarga oleh wanita.



PEMIKIRAN MASYARAKAT DESA


Lahuma dan jeha dai kaca mata Shahnon Ahmad amat jauh beza kedudukan, pemikiran, latar belakang dan berbagai-bagai aspek kehidupan dan kemanusiaannya jika dibandingkan dengan manusia di kota. Shanon Ahmad meletakkan satu pemikiran bahawa masyarakat desa mempunyai pemikiran mereka yang tersendiri seperti dalam watak lahuma dan jeha, bahawa mereka tidak suka terhadap perubahan yang terjadi dalam kehidupan mereka sehari-hari. Mereka melihat bahawa pembangunan dan penggunaan teknologi seperti jentera dan peralatan tani moden yang lain seolah-olah melakukan kezaliman terhadap sawah padi dan membawa petanda buruk.

Perwatakan antagonis seperti ini masih berlegar-legar dalam masyarakat banggul derdap dan mereka lebih selesa dan senang berpuas hati dengan nilai kehidupan yang diwarisi daripada generasi sebelumnya. Tambahan lagi, masyarakat desa turut mempunyai kepercayaan bahawa mati di rumah sendiri adalah lebih terhormat dan tenang berbanding di hospital dan lahuma sendiri mempunyai tanggapan negative dan takut dengan perkataan ‘hospital’ itu sendiri.



MEMPERTAHANKAN HAK WANITA


Dalam meletakkan watak jeha sebagai’pembela’ dalam RSJ, Shahnon Ahmad telah menyelitkan pemikiran dan pendedahan bahwa kaum wanita adalah kaum yang lemah terutamanya dalam mengambil alih kecerderuangan pengarang terhadap pembelaan nasib wanita (Ibu Tunggal) dan empertahankan hak wanita.



Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page