top of page

Estetika dan Kepengarangan Ranjau Sepanjang Jalan


Estetik adalah rasa indah pada umumnya dan tentang kesenian pada khususnya. Pandangan mengenai falsafah dan estetika sangat berhubung rapat dengan kesenian. Apabila disentuh tentang keindahan, maka secara langsung akan diperkatakan perkara berkaitan seni dan kesenian Estetika secara umumnya bermaksud keindahan.


SENI BAHASA


Seni bahasa dikenali juga sebagai gaya bahasa. Gaya bahasa melibatkan diksi (pemilihan kata) dan pembentukan ayat. Bahasa yang ditulis menjadi bergaya atau mempunyai gaya tertentu dan pengarang perlu menggunakan pelbagai jenis gaya bahasa dalam proses penulisannya. Menurut Sulaiman Masri et.all (2006: 446) gaya bahasa ialah susunan perkataan yang digunakan oleh pengarang untuk menyampaikan idea dan perasaan serta fikiran dan maksud dalam penulisannya. Hal ini kerana, melalui susunan perkataan yang ditulis oleh pengarang pembaca akan dapat mengetahui perkara yang cuba untuk disampaikan oleh pengarang. Kadangkala pengarang menyampaikan perasaan mereka sama ada perasaan sedih atau gembira melalui penulisan. Kehebatan yang dimiliki oleh pengarang di mana mereka seolah-olah telah membawa pembaca turut merasai apa yang dirasai oleh mereka. Antara gaya bahasa yang digunakan dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan (2006) ialah seperti berikut:


(a) Gaya bahasa perbandingan

Unsur perbandingan ini terdiri daripada beberapa jenis. Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan terdapat beberapa unsur perbandingan yang telah diterapkan oleh pengarang dalam karyanya. Antaranya adalah seperti berikut:


1) Unsur personifikasi

Unsur personifikasi ialah unsur yang menggunakan kiasan untuk memberikan sifat manusia daripada segi perasaan, perlakuan dan sebagainya kepada benda-benda mati, idea, binatang dan lain-lain yang mujarad. Unsur ini menjadikan benda atau binatang seolah-olah manusia. Sifat-sifat manusia seperti perasaan dan keinginan diberikan kepada benda, binatang dan seumpamanya menjadikannya seperti manusia. Contohnya ialah:


“Alangkah mudah kalau traktor itu dapat mengoyakkan tanah bendangnya” (m/s:109)


“Besok lusa aku hantar. Datanglah traktor itu menjerti-jerit di bendang kau” (m/s: 120)


“Biar traktor itu mengoyak-ngoyak bendang kau sampai dalam” (m/s:121)


2) Unsur simile

Simile merupakan bahasa kiasan yang digunakan dalam karya sastera. Unsur simile juga merupakan perbandingan sesuatu benda, peristiwa atau situasi dengan benda lain yang hamper sama. Perbandingan simili merupakan perbandingan ynag jelas kerana disertai kata-kata seperti umpama, laksana, seperti, macam dan bagai. Di samping itu, similie juga dikenali sebagai penggunaan kata-kata membangkitkan imaginasi pembaca untuk menanggapi maksud pengarang. Gambaran keadaan atau suasana kehidupan manusia atau kesedihan sesuatu akibat daripada sesuatu kejadian atau peristiwa. Antara contoh penggunaan simile dalam karya Ranjau Sepanjang Jalan ialah:


“Biar anak –anaknya hitam macam keeling” (m/s:108)


(b) Gaya bahasa pertentangan

Gaya bahasa atau majaz pertentangan merupakan seni bahasa yang menggunakan kata bertetangan simbolik dan berhubungan.Abu Hassan Abdul (2013),menjelaskan bahawa majaz pertentangan ini merujuk kepada penggunaan kata atau frasa yang saling bertentangan dari segi makna ,sama ada secara simbolik tersurat atau tersurat dalam struktur ayat yang sama atau yang berhubungan.


1) Unsur hiperbola

Hiperbola menggambarkan karya sastera yang mempunyai unsure yang agak keterlaluan atau berlebih-lebihan seolah-olah tidak masuk akal. Namun demikian, perbandingan atau cerita yang digambarkan itu masih menarik dan indah. Hal ini adalah bertujuan untuk memperhebat serta meningkatkan kesan dan pengaruh dalam kalangan pembaca. Oleh itu, gaya bahasa ini melibatkan kata-kata dan kalimat seperti:

“Kita bubuh Malinja di baruh itu. Dia akan tumbuh menjangkau udara.” (m/s:53)


“Mengapa kau suka sangat sebut nama-nama anak kesayangan Tuhan itu?” (m/s: 55)

Gaya Bahasa Metafora

Menurut Keraf (2004:127) dalam Andri Wicaksono, M.Pd, anafora adalah repetisi yang berwujud perulangan kata pertama pada tiap baris atau kalimat berikutnya. Oleh itu, metafora merupakan bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata-kata bandingan seperti simile. Kiasan jenis metafora merupakan kiasan yang menyebut terus kepada benda atau binatang yang hendak diumpakannya. Hal ini juga, perbandingan metafora adalah lebih ringkas dan padat. Antara contoh metafora yang terdapad dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ialah:


”Sebulan tujuh hari Jeha dan anak-pinaknya berkubang macam kerbau dalam baruh” (m/s: 137)


Gaya Bahasa Analogi

Analogi di sini dimaksudkan persamaan antara dua perkara atau peristiwa atau keadaan yang dibandingkan dengan maksud menjelaskan sesuatu itu mempunyai persamaan. Unsur analogi digunakan untuk menjelaskan atau membuktikan tentang sesuatu perkara. Contoh yang terdapat dalam karya:


”Bunyinya macam kepala angin tertampan puncak bukit. Gaungnya macam bunyi badak berendam dalam rimba” (m/s: 57)


Gaya Bahasa Pertautan

Gaya bahasa pertautan dalam Mohd Rashid Md Idris et al (2014). Merupakan hubungan pertautan makna sama ada yang bersifat simbolik ,perumpamaan atau tamsilan.


(i) Disfemisme

Menurut Mohd Rashid Md Idris et al (2014) disfemisme ialah kata-kata kasar untuk tujuan tertentu.Antara contoh petikan yang mengandungi gaya bahasa pertautan disfemisme ialah


Lahuma teringat pada lintah-lintah gajah yang liar berenang mencari betisnya

(Ranjau Sepanjang Jalan :11)


Kali ini,dia akan siap dengan kawah untuk merebus ketam-ketam jahanam itu

(Ranjau Sepanjang Jalan :12)


Petikan di atas diambil daripada bab 1 yang menceritakan seorang watak yang bernama Luhama teringat akan intah-lintah yang menghisap darah pada betisnya dan sangat geram terhadap ketam-ketam yang selalu merosakkan tanamanya.Pengarang memberikan gambaran bahawa lintah-lintah sebagai haiwan liar dengan menggunakan perkataan liar serta ketam-ketam sebagai haiwan yang tidak berguna dengan menggunakan perkataan jahanam.


(ii) Eufemisme

Ungkapan yang lebih halus sebagai pengganti ungkapan yang dirasakan kasar dikenali sebagai eufemisme.Beberapa contoh petikan yang menggunakan unsur eufemisme yang dipetik dalam novel Rajau Sepanjang Jalan 2006 ialah


Pada sebelah petangnya mereka tiga beranak berangkat lagi ke baruh

(Ranjau Sepanjang Jalan :78)


Petikan di atas dipetik daripada bab 6 dalam Ranjau Sepanjang jalan 2006 .Pengarang menggunakan perkataan berangkat untuk menggantikan perkataan pergi .Hal ini demikian kerana perkataan berangkat lebih halus berbanding perkataan pergi.


Gaya Bahasa Pengulangan

Gaya bahasa pengulangan ialah gaya bahasa yang mengandungi unsur-unsur pengulangan bunyi,suku kata,kata,frasa atau bahagian ayat yang dianggap penting untuk menghasilkan kesan dan memberi tekanan dalam sesebuah konteks yang sesuai.


(i) Anafora

Anafora merupakan pengulangan perkataan yang sama pada permulaan klausa.Terdapat beberapa petika yang dietik dalam Ranjau Sepanjang Jalan (2006) yang mengandungi perulangan anaphora.Contohnya


Padi ditanam.padi dijemur .padi di masak dan padilah yang menyambung hidup mereka sejak zaman-berzaman ini.

(Ranjau sepanjang jalan :3)



Dalam bab 1 Ranjau Sepanjang Jalan (2006).Pengarang menggunakan gaya bahasa perulangan anaphora pada permulaan ayat iaitu pengulangan perkataan padi.


(ii) Repitasi

Unsur repetisi atau lebih dikenali dengan unsur pengulangan bunyi. Bertujuan untuk menegaskan atau menimbulkan nilai estetik melalui bunyi yang berirama dan indah. Pengulangan bunyi dilakukan sama ada dengan cara mengulang bunyi yang sama dalam perkataan-perkataan yang sama ataupun frasa atau ayat yang sama bagi maksud penegasan. Contoh yang terdapat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ialah:


“Lahuma hidup dari lumpur. Jeha hidup dari lumpur.Sanah hidup dari lumpur. Milah hidup dari lumpur.Jenab hidup dari lumpur. Semek hidup dari lumpur.Liah hidup dari lumpur. Lebar hidup dari lumpur. Dan Kiah juga hidup dari lumpur” (m/s: 49)


Gaya Bahasa Pengguguran


(i) Asidenton

Asidenton dalam Mohd Rashid Md Idris et al.(2014) merupakan pengguguran kata hubung .Berikut adalah petikan yang mengandungi asidenton:


Makan tidur,makan tidur.

(Ranjau Sepanjang Jalan:11)


Petikan di atas ini dipetik dalam bab 1 dalam Ranjau Sepanjang Jalan (2006) yang menggugurkan kata hubung dan iaitu dikenali sebagai gaya bahasa asidenton.


Gaya Bahasa Singkatan Perkataan

Sinkof ialah singkatan perkataan seperti mu ,ku.kau,tak,dan nak.Antara contoh petikan yang mengandungi unsur sinkof adalah seperti berikut :


Banyak orang di kampung nak tanam padi Malinja

(Ranjau Sepanjang Jalan:16)


Singkirkan segala banjir besar yang boleh melimpah padiku

(Ranjau Sepanjang Jalan :15)


Peribahasa

Menurut Za’ba (1965) dalam Abdullah Yusof et al.(2009) ,peribahasa ialah susunan kata-kata yang pendek dengan dengan makna yang luas,mengandungi kebenaran,sedap didengar dan bijak perkataannya.Peribahasa terdidi daripada simpulan bahasa,perumpamaan,pepetah dan sebagainya.Sebagai contoh tedapat simpulan bahasa yang digunakan dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan


Orang kampung Banggul Derdap cepat membawa mulut

(Ranjau Sepanjang Jalan :220)


Dalam petikan bab 16 Ranjau Sepanjang Jalan 2006 simpulan bahasa cepat membawa mulut bermaksud bercerita tentang keburukan orang lain.


TEKNIK KEPENGARANGAN


Menurut Rashid Hj. Md Idris et al (2013), ciri kepengarangan merujuk kepada aspek keperibadian yang dicapai oleh seseorang pengarang. Seorang pengarang perlu mempunyai pengalaman artistik dan berharga kerana ianya akan mempengaruhi daya kreativiti seorang pengarang. Pengalaman yang diperoleh oleh pengarang kebiasaannya dikutip melalui bayangan, ingatan, kenangan, kutipan pengaruh, pembacaan, pemerhatian, pengamatan, kajian dan penyelidikan dan apa sahaja unsur yang hadir termasuklah yang bersifat konseptual dan kontekstualan. Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa kepengarangan sebagai cara atau bagaimana seseorang itu menulis bagi mendapatkan sebuah jalan cerita yang lengkap. Teknik kepengarangan juga merujuk kepada kebijaksanaan seseorang pengarang dalam menyampaikan ceritera sesebuah karya. Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan, terdapat aspek kepengarangan yang pelbagai telah digunakan oleh pengarang iaitu Shahnon Ahmad dalam menghuraikan jalan cerita dengan lebih menarik.


Kepengarangan Shanon Ahmad

Kekuatan novel Ranjau Sepanjang Jalan terletak pada empat perkara utama iaitu jalinan plot cerita yang kemas dan pemakaian bahasanya yang hidup dan segar.Penggunaan bahasa hiasan dan pelukisan gambaran yang jelas merupakan teknik kepengarangan yang memberikan keindahan kepada novel Ranjau Sepanjang Jalan (2006).Teknik penceritaan yang digunakan tersusun dan kemas bagi menarik lagi penceritaan dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan (2006)


Plot Cerita

Melalui novel ini penulis berjaya mencipta satu plot yang penuh kreatif dan permainan emosi yang berjaya menyentak akal fikiran kelompok masyarakat sekarang yang mana petani pada waktu dahulu sanggup berjuang untuk mencari sesuap nasi untuk diri, keluarga dan masyarakat setempat.


(a) Plot Permulaan

Permulaan kisah di dalam novel ini, Shahnon Ahmad telah memperkenalkan watak-watak utama iaitu Lahuma dan Jeha serta tujuh orang anak gadis mereka Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah. Mereka sekeluarga berjuang menguruskan sawah sebanyak 14 relung sebagai satu kepentingan utama dalam kehidupan mereka. Shahnon Ahmad menggunakan latar Kampung Banggul Derdap, Sik Kedah yang merupakan kampung kelahirannya.


(b) Perkembangan

Perkembangan novel ini diteruskan dengan pengenalan musuh-musuh Lahuma yang sering merosakkan pekerjaannya sebagai petani. Musuh-musuh yang dimaksudkan ialah ketam putih dan burung Tiak yang menyerang tanaman padi Lahuma.


(c) Konflik

Konflik yang dicetuskan oleh Shahnon Ahmad dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ialah apabila Lahuma yang akhirnya kecundang dalam perjuangannya sebagai ketua keluarga kerana kakinya terpijak onak nibung yang meragut nyawanya sendiri.


(d) Klimiks

Klimaks cerita ini diperlihatkan dengan watak Jeha yang terpaksa memikul beban sebagai ketua keluarga setelah kematian Lahuma. Malangnya Jeha tidak dapat bertahan dengan segala kesusahan yang dihadapi sendirian tanpa Lahuma. Banjir, serangan ketam-ketam dan burung-burung Tiak menjadikan Jeha tidak keruan dan akhirnya Jeha menjadi kurang siuman akibat dugaan mendatang tanpa henti semasa mengusahakan sawahnya.


(e) Pengakhiran Cerita

Shahnon Ahmad telah meleraikan plot penceritaan novel ini dengan sikap dan amanah yang diterima oleh Sanah. Segala bebanan dan tanggungjawab keluarga akhirnya diambil alih oleh anak sulung Lahuma dan Jeha ini. Sanah bersama adik-adiknya adalah penerus perjuangan Lahuma dan Jeha sebagai keluarga tani untuk menguruskan sawah mereka.


Plot cerita yang dibawakan oleh Shahnon Ahmad ini penuh kesungguhan dalam menampilkan watak-watak yang tiada kenal erti putus asa sehingga meragut nyawa dan akal fikiran yang waras. Shahnon Ahmad juga turut mengetengahkan watak-watak wanita seperti Jeha dan Sanah yang terus berani berjuang mencari rezeki sekalipun tahu bahawa kudrat wanita kadangkala ada lemahnya namun semua itu bukan alasan dalam meneruskan kehidupan. Novel ini memiliki pemeliharaan pada kesatuan jalan cerita yang diperoleh daripada pemilihan dan penyusunan peristiwa-peristiwa yang sesuai dan berkesan.


Penggunaan bahasa hiasan

Penggunaan bahasa hiasan ini adalah bertujuan untuk membangkitkan jalan cerita atau plot dan huraian karyanya dan sebagai penyeri terhadap sesuatu hasil karya. Penggunaan bahasa hiasan ini adalah sebagai hiasan karya, penyeri jalan terhadap isi cerita dan penambah daya tarikan pada cerita supaya ceritanya tidak kering, hambar atau menjemukan. Dengan adanya bahasa hiasan ini pembaca akan susah untuk melepaskan buku yang dibacanya dan akan membaca sehingga ke penghujung cerita. Hal ini kerana, dalam diri pembaca akan timbul sifat ingin tahu perkara yang akan berlaku seterusnya. Sebagai contoh dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan, pembaca akan tertanya-tanya apa yang akan terjadi kepada Lahuma setelah kakinya terkena duru nibung.


Pelukisan gambaran yang jelas

Pelukisan ini membawa maksud gambaran pengarang tentang sesuatu peristiwa, aksi dan emosi dalam wacana yang jelas. Kata-kata yang digunakan oleh pengarang adalah kata-kata yang segar dan bertenaga untuk melukiskan gambaran yang jelas dan hidup. Contohnya dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan, Shahnon Ahmad telah melukiskan keadaan pada waktu petang di sebuah kampung:


“Senja menyelubungi kampung Banggul Derdap yang kaya dengan kemiskinan itu. Lampu-lampu minyak tanah mulai dipasang. Rumah-rumah yang tercatuk di pinggir-pinggir sawah itu telah samar-samar kelihatan dan sedikit demi sedikit terluput daripada pandangan. Besok para penghuni akan keluar menyediakan bekas tanah semai” (m/s: 11).


Teknik Penceritaan

(a) Teknik pemerian/Deskriptif

Pemerian dapat ditakrifkan sebagai hal atau sesuatu penghuraian tentang sesuatu perkara.Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan,teknik pemerian lebih dikenali sebagai deskriptif ini banyak digunakan oleh pengarang untuk memerihalkan sesuatu perkara.Sebagai contoh,pengarang memerihalkan tentang kerosakan padi akibat daripada serangan burung tiak yang menyebabkan tanaman padi Lahuma sekeluarga mengalami kerugian.Petikan pemerian ini dapat dilihat melalui petikan ini

Padi-padi itu akan habis menjadi hampa kalua tiak turun berkawan-kawan tahun ini.Padi-padi yang berkapuk di tangkai-tangkai yang sebesar jari kelengkeng budak itu akan tanggal begitu saja.Tangkai-tangkai yang meliuk-liuk berat menahan buah-buah padi akan menjadi kosong.Tiak dari rimba lain akan datang lagi.Dari gunung yang nampak tersangat jauh itupun akan datang juga apabila ternampak padi masak.

(Ranjau Sepanjang Jalan,2006:299)

(b) Teknik imbas kembali

Pengarang banyak menggunakan teknik penceritaan imbas kembali dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan.Teknik imbas kembali dapat ditakrifkan sebagai flashback iaitu mengenang kembali peristiwa atau perkara yang telah berlaku .Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang .Sebagai contoh teknik imbas kembali yang digunakan oleh pengarang ialah

Jeha teringat bagaimana dia terkena bahana ular tedung dulu.Bagaimana Lahuma menerkam dan mematahkan leher ular yang bias itu.Bagaimaa Lahuma cincang ular itu hingga hancur.

(Ranjau Sepanjang Jalan ,2006:103)


(c) Monolog

Monolog dapat ditakrifkan sebagai pertuturan kepada diri sendiri sama ada boleh disuaraan atau diucapkan dalam hati.Monolog tidak ditujukan kepada orang lain dan tidak memerlukan reaksi ataupun jawapan daripada orang lain.Monolog hanya ada dua sahaja iaitu monolog dan monolog dalaman.Dalam novel ini,watak Lahuma sering menggunakan monolog.Sebagai contoh Lahuma bermonolog tentang upah untuk membayar traktor.Contoh petikan yang memaparkan monolog ini ialah:

Cukup kalau menajak dan mencangkul saja.Lagipun ,kalau menggunakan traktor akan makan banyak ringgit.Serelung lapan ringgit,fikir Lahuma.Kalau 14 relung ,sudah berapa?Dia cuba mengira dalam kepalanya.

(Ranjau Sepanjang Jalan ,2006:79)

(d) Imbas Muka

Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.Teknik imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.Dalam novel ini,teknik imbas muka banyak digunakan oleh pengarang untuk menjadikan cerita ini boleh diteka daripada awal lagi oleh pembaca.Sebagai contoh

Lahuma terfikir akan apa yang bakal terjadi kepada sawah dan keluarganya.Lahuma juga berfikir tentang masa depan anak-anak.Selain itu,Jeha telah merancang tentang pengurusan sawah pada tahun berikutnya.Jeha juga telah merancang tentang pengurusan sawah pada tahun berikutnya.Jeha juga berfikir tentang apa yang akan terjadi kepada anak-anaknya serta sawah milik keluraganya sekiranya dia mati.


(e) Dialog

Dialog merupakan kata-kata yang dituturkan oleh watak-watak dalam drama atau fiksyen.Dalam sesebuah cerita ataupun novel.Kebanyakan pengarang menggunakan teknik dialog dalam menampakkan percakapan atau perkara yang diucapkan oleh watak yang digunakan.Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan pengarang menggunakan dialog yang dituturkan oleh Lahuma dan Jeha.Sebagai contoh dialog yang digunakan :

“Kalau anak padi tumbang kerana ketam,boleh juga saya sulam.Tetapi kalau tiak datang mengamuk bila padi menguning,apalah nasib kita tahun ini?Burung tu bukan seekor dua.Bukan berpuluh dua,tapi ratus ribu.Terlalu banyaknya.”

“Ketam dan tiak itu insan seperti kita juga.Allah menguasai segala-galanya.Kalau burung-burung itu nak datang juga,kita hanya membiarkan saja.Hanya Allah yang boleh melarang mereka.Hanya Allah yang sanggup menegah mereka.”

(Ranjau Sepanjang Jalan,2006:18-19)





Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page